Monday, April 21, 2014

Cinta kau dan DIA

Mimpi,
Dikala siang menyapa,
Jiwa kekosongan seperti  ruang udara yang kehilangan.
Tika disapa Tuhan,
Seperti tertiupnya cahaya putih yang terbina diatas cinta.
Anugerah itu kasih sayang DIA kepada setiap ciptaanNYa 
Dia memberikan segala galanya tanpa kau meminta
Tanpa perlu kau memberi melainkan dengan cinta
الرحمن

الرحيم
DIA ,
Bergitu sempurna sifat hakiki..

KAU,
Pendosa
Penzalim
Perosak agama dan bangsa.

Cinta,
Peluang
1
2
3
Bahkan lebih daripada itu.
Dia setia memberi.

Sayangnya
Kau tak pernah nampak kesetian DIA
Kau Lebih sayangkan diri kau dan dunia yang Kau agung agungkan

Dimana janji janji Engkau pada DIA?
apakah Engkau lupa..?
cinta DIA sentiasa mengingatkan Kau. Setiap tulisan tulisan suci Dia sentiasa mengingatkan Kau.
Apakah Engkau masih lupa?

disaat Dunia ketawakan kebodohan Kau
Disaat Engkau tidak memiliki satu pun Cinta,
Dia datang dengan Cinta.
Dia datang dengan
الرحمن
الرحيم

Wahai jiwa jiwa yang kosong,
Damailah dengan cinta DIA.
Damailah dengan rasa.


Posted via Blogaway

Sunday, February 20, 2011

pergalakan Syarikat Rubbiah dua puluh tahun yang lalu, telah mengikat ikatan pertunanagan Iqbal Hafeez dan Nur Damira atau Damia.
kecurangan Erine, telah meragut kepecayaan Iqbal terhadap wanita. dan di saat itu, damia hadir di dalam hidupnya. perasaan cinta yang hadir segera diusir dengan seribu keegoan.
kehadiran Indra Hafeez, telah menyatu dua insan yang berkepala batu, seperti Iqbal dan Damia. saling mencintai, tapi tidak pernah mengaku. meski pun mencintai damia, Indra tetap mahu melihat kebahagian Abang kembarnya itu.

Thursday, February 3, 2011

kadang kala, aku tertanya adakah mimpi aku akan menjadi kenyataan .persoalan demi persoalan tiada jawapannya. sehinggalah aku menemui jawapannya. aku kini lebih mengerti dengan apa yang di namakan kehidupan. Allah sudah atur setiap jalan untuk kita. kita sebagai manusia hanya memilih jalan yang di atur. Akal kurniaan tuhan kenapa di biarkan begitu sahaja.? sedangkan akal amat berguna kepada manusia. aku mula menyedarinya dengan cinta yang tulus. cinta yang di anugerahkan oleh Allah. dengan cinta ini juga aku menyedari tentang ,agama , ilmu pengetahuan ,dan menghargai seseorang yang kita cintai. Aku bersyukur kerana Allah memberikan aku sinar pertunjuk. dengan petunjuk itu juga aku belajar mendalami ilmu agama, dan kitab suci kalamullah. aku kini lebih menghargai orang yang aku cintai. terutama keluarga, dan lelaki yang aku cintai.walaupun menyedari nya agak lambat, namun aku tetap bersyukur kerana masih di beri peluang untuk membetulkan kesilapan aku yang lalu.

Wednesday, December 22, 2010

novel

23/12/2010

karya pertama aku untuk menjadi novelist :

Ketukan pada pintu bilik damia telah mengejutkan nya dari tidur. Pelahan-lahan damia membukakan kedua-dua belah kelopak matanya yang masih sirna . suara lembut mamanya menjengah ke gegendang telinganya .
“ damia….bangun sayang, dah pagi ni. Papa suruh mama ingatkan sayang pasal meeting dengan syarikat uncle Azlan pagi ni”. Lembut Datin kamsiah memujuk anak bongsu nya itu. Damia masih tidak menunjukkan sebarang reaksi mahu bangun dari katil tempat pembaringannya. Sebagai ibu, Datin Kamsiah masak benar dengan perangai anak gadis yang seorang ni. Kalau tidak dikejutkan, mana mahu anak gadis nya bangun. Sekali lagi Datin kamsiah cuba kejutkan anak gadisnya sekali lagi.
“ Damia, jangan la macam ni. Bangun nak. Kesian papa dekat office sorang-sorang. Dah la abang Daniel buat papa kecewa, sekarang ni damia pulak nak…..”. belum sempat Datin Kamsiah menghabiskan kata –katanya, damia sudah memeluk erat pinggangnya.
“ sorry ma, sebenarnya Damia penat sangat ma. Semalaman damia tak tidur sebab kena siapkan kertas kerja. Pagi ni nak kena bentangkan pulak.” Mengadu damia sambil memeluk erat pinggang wanita separuh abad itu. Pelahan-lahan pelukan dilepas ,lalu jari-jemari mamanya digemgam erat. Tangan lembut mamanya dielus pelahan sebelum dikucup pelahan kedua-dua pipi mamanya. “Thanks ma.” Damia mengucap terima kasih dalam bahasa inggeris lalu bingkas bangun mencapai tualanya.
“Budak betuah ni, bukannya reti nak kemaskan katil selepas bangun. Macam mana nanti kalau dah berkeluarga”. Bebel datin kamsiah sebaik sahaja damia melangkah masuk ke dalam bilik air.