Wednesday, December 22, 2010

novel

23/12/2010

karya pertama aku untuk menjadi novelist :

Ketukan pada pintu bilik damia telah mengejutkan nya dari tidur. Pelahan-lahan damia membukakan kedua-dua belah kelopak matanya yang masih sirna . suara lembut mamanya menjengah ke gegendang telinganya .
“ damia….bangun sayang, dah pagi ni. Papa suruh mama ingatkan sayang pasal meeting dengan syarikat uncle Azlan pagi ni”. Lembut Datin kamsiah memujuk anak bongsu nya itu. Damia masih tidak menunjukkan sebarang reaksi mahu bangun dari katil tempat pembaringannya. Sebagai ibu, Datin Kamsiah masak benar dengan perangai anak gadis yang seorang ni. Kalau tidak dikejutkan, mana mahu anak gadis nya bangun. Sekali lagi Datin kamsiah cuba kejutkan anak gadisnya sekali lagi.
“ Damia, jangan la macam ni. Bangun nak. Kesian papa dekat office sorang-sorang. Dah la abang Daniel buat papa kecewa, sekarang ni damia pulak nak…..”. belum sempat Datin Kamsiah menghabiskan kata –katanya, damia sudah memeluk erat pinggangnya.
“ sorry ma, sebenarnya Damia penat sangat ma. Semalaman damia tak tidur sebab kena siapkan kertas kerja. Pagi ni nak kena bentangkan pulak.” Mengadu damia sambil memeluk erat pinggang wanita separuh abad itu. Pelahan-lahan pelukan dilepas ,lalu jari-jemari mamanya digemgam erat. Tangan lembut mamanya dielus pelahan sebelum dikucup pelahan kedua-dua pipi mamanya. “Thanks ma.” Damia mengucap terima kasih dalam bahasa inggeris lalu bingkas bangun mencapai tualanya.
“Budak betuah ni, bukannya reti nak kemaskan katil selepas bangun. Macam mana nanti kalau dah berkeluarga”. Bebel datin kamsiah sebaik sahaja damia melangkah masuk ke dalam bilik air.